budakpro.webs.com

World without boundries

Blog Cerita & Story

TheSeries-Bab 2: Pendaratan

Posted by budakpro on August 26, 2010 at 3:50 AM

...

  Gegaran disusuli gegaran yang dirasai seperti tidak akan henti boleh melemahkan tahap kesabaran bagi yang tidak berpengalaman. Budak tetap dengan kemudi ditangan. Erat genggaamannya dan tekun matanya memerhatikan skrin dan cermin tingkap untuk mendapatkan situasi sebenar. Dia tidak akan berputus asa selagi nyawa masihada. Jika ini adalah pendaratan terakhirnya, dia akan pastikan ia berakhir sebagai seorang wira. Namun masa masih belum berakhir. Keringat yang membasahi dahi mula meleleh perlahan-lahan turun ke pipi. Tumpuan penuh diberikan pada situasi kapal yang semakin rumit. Masih tiada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa kawasan udara tebal dan gelap akan berakhir. Namun naluri hatinya tetap mengatakan bahawa segalanya akan selamat.

Sudah dua jam masa berlalu. Keadaan getir seperti tidak akan berkhir. Harapan budak semakin menurun. Dia cuba menguatkan kembali harapannya dengan meletakkan kepercayaan penuh pada naluri hatinya. Mata dipejam dan dipusatkan fikiran pada kepercayaannya, sambil menarik nafas sedalam dalamnya untuk mengumpul kekuatan yang masih ada. Budak terus bertarung mengawal kemudi. Tiba-tiba dalam jarak 50 meter budak terlihat sesuatu yang sangat ditakutinya akan terjadi. Dia segera menekan butang merah untuk tujahan kecemasan. Dengan sekelip mata dia kembali terawang-awang di udara. Ketika ini dia dapat merasakan betapa dinginnya udara sekeliling. Kapalnya sudah jauh terjunam ke bawah meninggalkannya. Tindakan pantas terpaksa di ambil untuk meninggalkan kapal menggunakan tujahan kecemasan apabila dia terlihat permukaan pendaratan dalam jarak 50 meter. Jarak yang tidak mencukupi untuk membuat persediaan pendaratan selamat walaupun secara manual. Dalam keadaan terapung di udara dan jarak penglihatan yang samar samar itu dia cuba melihat di manakah kapalnya telah jatuh. Dalam masa yang sama dia cuba mengemudi payung terjunnya sambil mencari-cari tempat mendarat yang selamat. Dalam keadaan udara yang tebal dan berkabus itu agak sukar baginya untuk mengemudi payung terjun. Dia berlegar-legar ke kiri dan ke kanan mencari kawasan untuk mendarat. Tidak kelihatan kawasan lapang yang boleh dijadikan tempat untuk mendarat. Tiba-tiba dia terlihat satu kawasan yang dirasakan sesuai untuk mendarat. Kawasan yang kelihatan lapang dari atas udara itu walaupun tidak dapat dipastikan adakah selamat untuk pendaratan, terpaksa juga dia akur. Dia mengemudi ke arah kawasan tersebut dan perlahan-lahan jatuh ke tempat itu. Semakin lama semakin hampir dengan kawasan permukaan pendaratan. Setelah hampir mendarat barulah dia sedar bahawa tempat mendarat itu adalah kawasan berair yang luas. Tiada apa yang dapat dilakukan lagi untuk mengelak dari kawasan itu. Apa yang boleh dilakukan sekarang adalah cuba mengemudi sehampir mungkin dengan kawasan yang tidak berair. Namun dia jatuh juga dalam kawasan berair.

     Sebaik sahaja kakiknya mencecah permukaan air dia segera mengayuh kakinya sekuat mungkin ke kawasan yang tidak berair. Apa yang dirisaukan ialah sekiranya tempat itu dalam dan dia tidak sempat berenang ke daratan kerana dilitupi payung terjun yang jatuh ke atasnya. Dalam keadaan ini dia tiada pilihan lain melainkan terus berfikiran positif bahawa dia akan selamat menuju ke kawasan daratan berhampiran. Walaupun jatuh ke dalam air, namun ia tidaklah sedalam seperti yang disangkakan. Dia tenggelam separas pinggang dan terus bergerak ke kawasan daratan berhampiran. Sebaik sampai di kawasn tebing, dia berasa sungguh lega. Penatnya mengemudi kapal sebelum ini dapat dihilangkan sejenak dengan berbaring di atas daratan tersebut sambil mukanya menatap langit yang seketika tadi berada disekitarnya. Tidak lama kemudian dia teringat kembali kapalnya yang jatuh entah di mana.

Segera dia menetapkan matlamat untuk mencari kapalnya selepas itu.....


Categories: Budakpro The Series

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments