budakpro.webs.com

World without boundries

Blog Cerita & Story

BICARA KU

Posted by budakpro on January 24, 2014 at 2:50 AM

     Memandang kosong ruang yang gelap. Aku termenung dalam kegelapan. Sambil mendengar alunan malam. Tiba-tiba suatu cahaya melintas dihadapanku. Aku tergamam seketika memikirkan benda apakah itu. Berbagai gambaran mula memasuki fikiran. Wajahmu juga ada di sana. Entah kenapa tiba-tiba wajahmu muncul dibenakku.

         Aku menoleh ke kiri dan ke kanan. Terperasan seperti kau disisi. Namun tidak kelihatan! Aku menoleh kebelakang mencari dalam kemungkinan. Juga tiada. Maka di manakah kau? Tika aku sendirian merenung kegelapan, tiba-tiba kau muncul difikiran. Oh bintang oh bulan, adakah keindahanmu membuatkan aku teringat padanya.

     Bilik kecil yang dipenuhi perkakasan dan perabot yang tidak tersusun ini telah manjadi lokasi tetap untuk aku menghilangkan lelah diwaktu malam tanpa digangu oleh sebarang hidupan. Di sinikah ianya bermula? Aku mula teringatkanmu dan tidak mahu melupakannya. Perwatakkanmu segalanya indah dimataku.   Oh!...Mengapakah aku memperkatakan tentang dia. Bukankah dia tiada dimata.

     Suatu petang aku berjalan di tebing sungai. Mencari ketenangan dari hiruk pikuk kota. Seorang diri menyusuri tebing. Selangkah demi selangkah dari satu batu ke satu batu dengan penuh berhati-hati. Sambil menikmati panorama petang yang semakin sunyi. Kelibat insan semakin kurang. Ramai yang sudah bergerak pulang. Aku duduk di atas seketul batu besar sambil memerhatikan air jernih mengalir melewati batu-batu. Desiran air yang terhasil akibat perlanggaran antara air dan batu menjadi irama syahdu yang menemani sunyiku. Tiba-tiba aku ternampak sebiji botol terapung dibawa arus. Botol itu menarik perhatianku. Lalu aku pergi mendapatkannya. Aku membelek botol yang berbentuk unik itu untuk memastikan jika ada apa-apa tanda yang boleh menjadi panduan. Di dalamnya mengandungi segulung kertas. Aku mengeluarkan kertas itu. Di dalamnya tertulis;

   "Malam datang dan pergi, dan bulan pun menghilangkan diri. Alam sunyi sepi. Perasaan ini tak terperi. Melarikan diri enggan mengerti. Tidak peduli sesiapa. Akan terus lari. Apa guna bawa diri. Tidak mengerti hati. Apa yang dimahu, bila sendiri teringatkanmu. Kau tak perlu aku. Apa aku perlu kamu. Kau ciptaan indah. Itu dimengerti. Apa perlu hati bila tak mahu mengerti. Sedih dan gembira berlalu pergi. Kenangan digamit kembali untuk teruskan hidup ini. Oh rindu yang sepi, kau bertandang lagi".

     Aku melihat sekelilingk. Mencari-cari jika ada insan yang mungkin empunya kepada warkah ini. Entah pada siapa ditujukan rasa hati. Adakah dia seorang lelaki atau adakah dia seorang perempuan. Persoalan yang bermain di kepala. Ingin sekali aku mengetahui siapakah pemiliknya.

     Hari semakin gelap. Mataku pun sudah mula rabun-rabun ayam. Aku segera bergerak untuk pulang. Takut pula terkandas di hutan bila gelap datang. Warkah yang dijumpa aku bawa pulang. Akan aku cari siapakah pemiliknya. Inilah misi baru yang perlu dilaksana.

Categories: Bicara Bisu

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments