budakpro.webs.com

World without boundries

Blog Cerita & Story

Fiza Hanya Secebis Kisah

Posted by budakpro on February 12, 2014 at 11:00 AM

     Jam sudah manunjukkan pukul 2 pagi. Mata yang jaga semakin berat rasanya. Hari esok entah apa agendanya. Pada takdir kuserah segalanya..


Seperti biasa kerja sebagai juruteknik tak pernah lekang dengan tugas. Walau apapun tugas yang akan dihadapi, Kay akan memulakan tugasnya dengan membaca email. Email dari rakan-rakan, dari bos dan tak kurang juga dari tempat-tempat yang tak diketahuinya. Entah dari mana mereka mendapat alamat emailnya dia pun tak pasti. Mungkin juga secara cuba-cuba, tak sengaja atau dari ruang jaringan mencari kenalan yang mana dia juga pernah melayari laman tersebut yang mengandungi beribu-ribu alamat email.


Tetapi hari ini adalah berbeza. Kerana di dalam emailnya terselit satu email yang memang ditunggunya selama ini. Seorang insan telah membalas emailnya, menyatakan ingin berkenalan.

"Akhirnya ada juga insan didunia ini yang mengetahui kewujudanku" kata hatinya.


Sesi perkenalan bermula dengan email demi email dihantar dan dibalas. Hari-hari menjelma penuh ceria. Luahan hati dan perasaan yang dihantar bertapak juga akhirnya, tidak tergantung seperti dulu.


Perbualan tidak hanya di email malah diselangi dengan chating bila masa mengizin dan ada kalanya bersuara di telefon.

 "Wah indahnya dunia ini, seperti ana yang punya" detik hati kegembiraan.


Perbualan harian manjadi semakin erat apabila segala masalah, cerita suka dan duka dikongsi bersama. Sehinggalah pada suatu hari terlintas di hati untuk bersua muka. Bukan kerana cinta tapi kerana sudah sekata untuk bersahabat selagi masa mengizinkan.


Semuanya berlaku secara tak sengaja. Masa itu Kay pulang dari tapak projek di cyberjaya. Terlanjur merentasi kawasan Serdang dia menelefon kenalannya untuk berjumpa. Segala butir diri diperihalkan. Tempat pertemuan juga ditetapkan. Alamat rumah kenalan chatingnya dicari. Seperti telah ditentukan semuanya berjalan lancar. Pertemuan yang singkat dan tak diduga berakhir dengan gembira.


Perhubungan yang terjalin tak pernah berubah. Sentiasa kekal seperti yang dikata. Sehingga pada akhirnya kenalannya menyatakan akan berkahwin dengan insan pilihannya. Kay tahu ini pasti berlaku. Dia terima berita itu dengan hati gembira dan sayu. Setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Sudah ditakdirkan kisahnya begitu. Tidak kekal sehingga ke anak cucu.

Apa pun yang berlaku, Kay masih seperti dulu. "Aku adalah aku". Fiza kenalan chatku. :)

Categories: Bicara Bisu

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments