budakpro.webs.com

World without boundries

Blog Cerita & Story

Dunia Baru

Posted by budakpro on July 12, 2014 at 12:05 PM Comments comments (0)

"Alhamdulillah syukur kerana Tuhan masih memberiku peluang untuk meneruskan hidup ini", Budak berkata di dalam hatinya. Kini perasaan rungsingnya tidak dirasakan lagi setelah peristiwa tadi berlalu. Seolah-olah ia telah memasuki kehidupan baru, lebih-lebih lagi setelah bertemu dengan seorang perempuan yang entah dari mana asalnya itu.

Banyak soalan yang ingin ditanya kepadanya. Tetapi dia tidak perlu terburu-buru kerana masa masih awal lagi.

 "Fuuuh, lega rasanya dapat menghirup udara segar. Jika tiada orang yang tolong tadi, tak tahu apa akan jadi pada diri aku nih. Dahlah tak pandai berenang. Pulak tu berada di tempat yang tidak dikenali berseorangan dimalam yang gelap gulita. Oh Tuhan berilah aku petunjuk." Ina berkata sendirian. Di sebelahnya Budak sedang terbaring memerhatikannya. Dia masih tidak mengetahui siapakah gerangan orang yang baik hati ini.

"Hello saudara, boleh saya tahu saudara ni siapa".

"Saya Budak", Budak menjawab sepatah dan masih menunggu pertanyaan seterusnya.

"Boleh saya tahu saya ni berada di mana sekarang?"

"Untuk pengetahuan saudari, saudari sekarang berada di Teluk Cempedak. Sebuah kawasan peranginan di negeri Pahang. Oh ya cik ni sapa pula."

"Ya saya Ina"

"Cik Ina ni berasal dari mana. Dari segi pakaian dan peristiwa yang telah berlaku tadi saya rasa cik Ina bukan dari sini".

"Itulah masalahnya sekarang ni saudara Budak. Sebenarnya saya pun masih belum ingat apa-apa tentang dari mana saya. Yang saya ingat saya terjaga dari lena dan terus jatuh di sini."

"Jatuh....! awak jatuh dari mana?"

"Dari atas sana. Sebenarnya tempat di mana awak berdiri tadi adalah kapal angkasa saya. Saya pun masih kurang pasti macam mana saya boleh sampai di sini dan bagaimana ia boleh berlaku."

"OOoooohh. Jadi awak ni makhluk asinglah yerrr.."

TheSeries-Bab 2: Pendaratan

Posted by budakpro on August 26, 2010 at 3:50 AM Comments comments (0)

...

  Gegaran disusuli gegaran yang dirasai seperti tidak akan henti boleh melemahkan tahap kesabaran bagi yang tidak berpengalaman. Budak tetap dengan kemudi ditangan. Erat genggaamannya dan tekun matanya memerhatikan skrin dan cermin tingkap untuk mendapatkan situasi sebenar. Dia tidak akan berputus asa selagi nyawa masihada. Jika ini adalah pendaratan terakhirnya, dia akan pastikan ia berakhir sebagai seorang wira. Namun masa masih belum berakhir. Keringat yang membasahi dahi mula meleleh perlahan-lahan turun ke pipi. Tumpuan penuh diberikan pada situasi kapal yang semakin rumit. Masih tiada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa kawasan udara tebal dan gelap akan berakhir. Namun naluri hatinya tetap mengatakan bahawa segalanya akan selamat.

Sudah dua jam masa berlalu. Keadaan getir seperti tidak akan berkhir. Harapan budak semakin menurun. Dia cuba menguatkan kembali harapannya dengan meletakkan kepercayaan penuh pada naluri hatinya. Mata dipejam dan dipusatkan fikiran pada kepercayaannya, sambil menarik nafas sedalam dalamnya untuk mengumpul kekuatan yang masih ada. Budak terus bertarung mengawal kemudi. Tiba-tiba dalam jarak 50 meter budak terlihat sesuatu yang sangat ditakutinya akan terjadi. Dia segera menekan butang merah untuk tujahan kecemasan. Dengan sekelip mata dia kembali terawang-awang di udara. Ketika ini dia dapat merasakan betapa dinginnya udara sekeliling. Kapalnya sudah jauh terjunam ke bawah meninggalkannya. Tindakan pantas terpaksa di ambil untuk meninggalkan kapal menggunakan tujahan kecemasan apabila dia terlihat permukaan pendaratan dalam jarak 50 meter. Jarak yang tidak mencukupi untuk membuat persediaan pendaratan selamat walaupun secara manual. Dalam keadaan terapung di udara dan jarak penglihatan yang samar samar itu dia cuba melihat di manakah kapalnya telah jatuh. Dalam masa yang sama dia cuba mengemudi payung terjunnya sambil mencari-cari tempat mendarat yang selamat. Dalam keadaan udara yang tebal dan berkabus itu agak sukar baginya untuk mengemudi payung terjun. Dia berlegar-legar ke kiri dan ke kanan mencari kawasan untuk mendarat. Tidak kelihatan kawasan lapang yang boleh dijadikan tempat untuk mendarat. Tiba-tiba dia terlihat satu kawasan yang dirasakan sesuai untuk mendarat. Kawasan yang kelihatan lapang dari atas udara itu walaupun tidak dapat dipastikan adakah selamat untuk pendaratan, terpaksa juga dia akur. Dia mengemudi ke arah kawasan tersebut dan perlahan-lahan jatuh ke tempat itu. Semakin lama semakin hampir dengan kawasan permukaan pendaratan. Setelah hampir mendarat barulah dia sedar bahawa tempat mendarat itu adalah kawasan berair yang luas. Tiada apa yang dapat dilakukan lagi untuk mengelak dari kawasan itu. Apa yang boleh dilakukan sekarang adalah cuba mengemudi sehampir mungkin dengan kawasan yang tidak berair. Namun dia jatuh juga dalam kawasan berair.

     Sebaik sahaja kakiknya mencecah permukaan air dia segera mengayuh kakinya sekuat mungkin ke kawasan yang tidak berair. Apa yang dirisaukan ialah sekiranya tempat itu dalam dan dia tidak sempat berenang ke daratan kerana dilitupi payung terjun yang jatuh ke atasnya. Dalam keadaan ini dia tiada pilihan lain melainkan terus berfikiran positif bahawa dia akan selamat menuju ke kawasan daratan berhampiran. Walaupun jatuh ke dalam air, namun ia tidaklah sedalam seperti yang disangkakan. Dia tenggelam separas pinggang dan terus bergerak ke kawasan daratan berhampiran. Sebaik sampai di kawasn tebing, dia berasa sungguh lega. Penatnya mengemudi kapal sebelum ini dapat dihilangkan sejenak dengan berbaring di atas daratan tersebut sambil mukanya menatap langit yang seketika tadi berada disekitarnya. Tidak lama kemudian dia teringat kembali kapalnya yang jatuh entah di mana.

Segera dia menetapkan matlamat untuk mencari kapalnya selepas itu.....


TheSeries-Bab 1: Cemas

Posted by budakpro on May 24, 2010 at 12:30 PM Comments comments (0)


"Tit..tit..tit..tit.tit".

Lampu amaran berkelip-kelip, menunjukkan perhatian yang serius diperlukan dalam pengemudian kapal.

Kapal yang dinaiki oleh budak terhuyung hayang mencari tempat pendaratan.

Keadaan yang berkabus dengan tahap kelembapan udara yang tinggi menyukarkan keadaan.

Jarak penglihatan pula hanya sekitar 50 meter. Sangat merbahaya untuk pendaratan automatik kerana kemungkinan sensor kapal tidak dapat bertindak balas dengan berkesan

sekiranya terdapat rintangan dalam haluan. Bergegar tubuh budak cuba mengawal kemudi

yang bergetar akibat geseran badan kapal dengan persekitaran.


Ini bukanlah situasi yang biasa dialami dalam satu-satu ekspedisi. Namun ini juga bukanlah

situasi yang pertama dialami oleh budak dalam sepanjang ekspedisi yang telah dijalankannya.


Radar menunjukkan keadaan di haluan adalah selamat. Tiada tanda-tanda halangan merbahaya untuk pendaratan cemas. Budak menekan beberapa butang kawalan sebagai persediaan untuk pendaratan cemas. Sekali-sekala tubuh budak dilambung-lambung oleh badan kapal yang terhentak-hentak oleh udara tebal....