budakpro.webs.com

World without boundries

Blog Cerita & Story

Cerita: Atas Nama Cinta

Posted by budakpro on July 12, 2014 at 12:30 PM

     Rasa cuak yang timbul meningkatkan paras adrenalin ke tahap maksimum. Nurul antara percaya dengan tidak akan apa yang telah dilakukannya. Jemari yang menulis masih terasa denyutan nadinya. Pada minit terakhir Nurul meluruhkan seluruh isi minda di atas kertas keramat itu.

"Apakah semua maksud telah ku suratkan menjadi jawapan" dia berkata dalam hatinya sambil menarik nafas lega.

Sebaik keluar dari dewan, Nurul terus mendapatkan rakan-rakannya. Masing-masing bercerita tentang peperiksaan yang baru sahaja selesai. Nurul mencari-cari kelibat Kay yang tidak pula kelihatan. Tercari-cari pandangannya memerhati sekeliling.

"Apa khabarkah si dia?" detik hatinya.

Peristiwa dahulu menggamit kembali. "Hai saudari, apa yang dimenungkan tu?" satu suara menyapa dari belakang. Suara yang selalu kedengaran dibenaknya kebelakangan ini. Dia menoleh. Tetapi hanyalah suara itu....yang masih terngiang-ngiang di benaknya.

 "Mungkin Kay sibuk dengan kelas. Tak apalah" detik hati Nurul.

 "Kenapa Nurul. Ada kata yang ingin dibicarakan?" sapa Kay.

 "Sekadar ingin menghilangkan kegusaran." jawapan ringkas Nurul.

Kegusaran yang bersarang semakin hilang. Suara yang kedengaran hanyalah khayalan mindanya. "Kay, di manakah kau?" hatinya berkata lagi.

Perut mula memainkan lagunya. Kekelabutan pagi tadi menyebabkan dia tidak sempat bersarapan sebelum memasuki dewan peperiksaan. Nurul mengajak rakannya makan di KFC. Hidangan hari ini terasa lebih menyelerakan dari selalu. Maklumlah, bila satu beban peperiksaan sudah hilang, fikiran menjadi lapang jiwa sedikit tenang membolehkan diri merasai nikmat dengan sepenuhnya. Namun wajah Kay, masih bermain di minda.

     Di satu sudut, terpaku seorang insan menghadap tasik yang terbentang dihadapannya. Topi kegemaran berada kemas di kepala menutup sebahagian wajahnya. Dia seolah sedang memikirkan sesuatu. "Peristiwa itu tidak akan berulang lagi" detik hatinya. Namun tanpa disedarinya ada suatu wajah ayu sedang memerhatikannya.

"Bilakah kita akan bertemu lagi". Kad matrik gadis itu tercicir sewaktu kejadian itu berlaku. "Wahai si gadis ayu...di manakah kau?" Hanya kad matrik itu sahaja maklumat yang dia ada  tengtang gadis ayu tersebut..

 "Eh,Kay kah itu!", desis hati nurul memandang ke arah insan yang sedang terpaku sendirian.

"Kenapa dia termenung semacam je? Ehem..", Nurul tersenyum sendirian.

"Teringat buah hati agaknya..elok juga kalau disergah ni", detik hatinya lagi.

Langit biru sungguh indah disinari mentari. Lamunan Kay tiba-tiba terhenti. Hatinya mula berdebar-debar. Seperti ada sesuatu yang mendebarkan akan berlaku sekejap lagi. Hatinya menggalak fikiran agar dia menoleh ke kiri. Kay terkaku sebentar apabila terlihat wajah ayu igauannya berada dihadapannya sekarang.

"Nurul!", Kay ingin menyebut nama itu tetapi tidak sampai ke lidahnya hanya hatinya berteriak terperanjat seketika.

Segera dia mencapai kad matrik lalu mengunjukkan kepada Nurul.

"Hai.. saudari " Kay cuba juga menyapa ringkas. Walau tiada kata susulan yang terbit difikiran.

"Kad matrik awak tercicir kelmarin semasa..."kata-kata Kay terhenti apabila mata ayu Nurul bertentangan dengan matanya. Terasa degup jantung terhenti seketika. Lidah menjadi kelu. Badan terasa seperti bergegar.

"Kay!" suara lembut itu menusuk kalbu. Indahnya suara ini.

"Terima kasih..Maaf tentang peristiwa kelmarin, Kay". Hanya anggukkan yang dapat diekspresi sebagai menjawab kata Nurul. Lidah masih kelu. Namun hati tetap mahu bersuara.

"Maafkan saya. Minta diri dulu". Kay tergesa berlalu dari situ.

"Pelik, lagak Kay semacam tak biasa pula. Baru aku ucap terima kasih, dia terus berlalu pergi begitu sahaja. Kay, apa yang meresahkanmu? Ah, Kay. Kau terus membuatku berteka-teki", Nurul berkata sendirian.

"Cut!". 'Director' berpuas hati dengan babak hari ini.

"OK, Nurul. 'Acting you'  hari ini memang mantap. Kita rehat dulu. Semua  dah lapar ni. Nak cari makan. Nanti kita sambung lagi."

"Fuuuh.. nasib baik ok. Susah jugak babak ni". Nak maintain mood dan ekspresi wajah supaya seiring dengan skrip cerita membuatnya tak larat nak ulang-ulang 'scene'.

"Ok tuan 'Director see you soon'!".

Babak satu tamat dengan lagu oleh Flopopy, Atas Nama Cinta.

 

 

Categories: BCB

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

0 Comments

Webs Counter